Monday, 17 February 2014


SENI ISMI ( Seni Tulisan Nama Indah )

Nama yang digubah menggunakan seni khat islam, menjadi bentuk dan warna yang menarik untuk menggambarkan maksud dan identiti nama tersebut
       
 Sesuai dijadikan  hiasan dinding logo peribadi hadiah dan lain-lain

Agar ia terasa lebih 'peribadi' lebih 'menyentuh' dan yang penting ia juga sebagai doa
Nama : Zahratunnisa
Reka Bentu : Kufi
Huraian : Gambar bunga dijadikan latarbelakang untuk mengambarkan
               Zahrah bermakna bunga
Nama : Ahmad Farhan
Reka Bentuk : Kufi
Huraian : Farhan bermaksud kegembiraan. warna yang pelbagai (warna ceria ) digunakan sebagai latarbelakang mengambarkan makna nama tersebut.
Nama : Azhari Flower Snd. Bhd
Reka Bentuk : Bunga
Huraian : Reka bentuk bunga dijadikan sebagai lambang atau identiti syarikat yang menjual membengkal dan mengeksport bunga di Malaysia


Nama: Nazreen Salie ( Dari Cape Town )
Reka bentuk : Bunga Protea
Huraian : Bunga Protea merupakan bunga kebangsaan Cape Town  Afrika Selatan

Monday, 3 February 2014


PEMENANG MANIFESTASI PERDANA SENI KHAT 2014



Taniah diucapkan kepada semua pemenang, bagi yang belum menang cuba lagi pada pertandingan yang akan datang banyakkan latihan dan berguru secara "talaqi" (bersemuka) bagi memperbaiki dan memantapkan lagi tulisan anda, Insyaallah kejayaan pasti milik anda.
MASALAH MENULIS/MENGEJA NAMA DALAM TULISAN JAWI

Penduduk Melayu di Negara ini banyak menggunakan nama Arab seperti Ali, Amran, Aiman, Imran, Daud, Othman, Salleh, Aminah, Khatijah, Noraini, Radziah, Sharifah dan sebagainya. Namun ada di antara mereka menghadapi masalah untuk mengeja dengan tepat dalam tulisan jawi.

Hambali , penuntut sebuah kolej bertanyaakan ejaan namanya dalam ejaan jawi  samaada ejaannya  ha-mim-ba-alif-lam-ya mengikut sebutan atau dieja mengikut kaedah bahasa Arab, ha-nun-ba-lam-ya?

Sebenarnya nama yang berasal daripada bahasa Arab hendaklah dieja mengikut kaedah bahasa Arab seperti Hambali. Nama yang disusun atau yang diujudkan dalam bentuk bukan bahasa Arab, boleh dieja mengikut kaedah ejaan jawi seperti Jahlelawati.

Pernah berlaku seorang tokoh bahasa merungutkan tentang namanya (Abdul Aziz) yang  dieja A Aziz (alif-ya-ha ain-zai-ya-zai) dalam tulisan jawi mengikut kadah tulisan rumi.

Sebaliknya, seorang pelajar tingkatan satu merungut namanya Nurul Huda dieja Nur Al-Huda dalam tulisan jawi oleh guru Pendidikan Islamnya, pada hal semasa di sekolah rendah ia mengeja Nurul (nun-waw-ra-wau-lam), Huda (Ha-wau-dal-alif)

Seperkara lagi ,nama Muhammad yang dieja dalam pelbagai bentuk dalam tulisan rumi seperti M, Md, Mohd, Muhd, Mohamed, Muhamed, Mohamad, Muhamad, Mohammed, Mohammad dan lain-lain. Dalam tulisan jawi perkataan itu hanya satu ejaan sahaja, iaitu mim-ha-mim-dal.

Begitu juga nama Abdul , hendaklah dieja  mengikut ejaan bahasa Arab menggunakan ain-ba-dal (bermaksud hamba) disambung dengan perkataan berikutnya dengan sisipan alif-lam, samada alif-lam syamsiah atau qamariah seperti Abdul Rasyid [ab.dur.ra.syid],
Abdul Halim [ab.dul.ha.lim].

Nama Hanbali hendaklah dieja ha-nun-ba-lam-ya yang membawa makna yang menghalusi perkara agama dan lain lain. Ejaan dengan mim, iaitu ha-mim-ba-alif-lam-ya tidak membawa makna tersebut.

Nama Jahlelawati adalah nama yang tiada kaitan dengan bahasa Arab, malah ia adalah gabungan  sebutan melayu dan Sanskrit: jah+ lela+wati. Jah itu mungkin berasal daripada perkataan Arab seperti Khadijah yang kerap disebut Tijah atau Jah sahaja dalam masyarakat melayu, tetepi perkataan lela itua adalah bahasa melayu yang bermaksud sejenis meriam, (jika diambil daripada bahasa Arab mungkin berasal daripada perkataan rida), dan wati ialah bahasa Sanskrit  yang bermakna perempuan atau wanita.

( Sumber : Pak Matlob )






SISTEM TITIK DAN BARIS DALAM PENULISAN AL-QURAN

Tulisan Arab pada zaman jahiliah adalah tanpa bertitik dan berbaris, kerana bangsa Arab di zaman permulaan  Islam tidak memerlukan kepadanya,  kerana mereka dapat membacanya dengan kemahiran semula jadi yang ada pada mereka.
     Setelah  Islam berkembang, dan orang Arab mula bercampur dengan orang asing, maka lahirlah generasi yang tidak dapat membaca dengan betul. Kerana takutkan kehilangan bahasa mereka dan takut berlaku kesalahan dalam membaca Al-Quran, maka Abul-Aswad Ad-Duali ialah yang mula-mula mereka/ mencipta system bacaan menggunakan  baris dengan petunjuk Saidina Ali bin Abu Talib.
     Pada  zaman Khalifah Abdul Malik bin Marwan, kurun pertama hijrah,Al Hajjaj  telah memerintah Nasr bin Asim dan Yahya bin Yuumer supaya meletakkan titik di tiap-tiap huruf yang sama bentuknya.

     Dengan ini tulisan berubah dan menjadi bertambah  baik hingga mempunyai bentuk yang jelas sekarang.

PETUA MEMILIH QALAM


MENGENAI QALAM

Warna qalam mestilah yang perang
Tidak keras seperti batu
Tidak hitam, tidak terlalu pendek, dan tidak terlalu panjang,

Besarnya hendaklah sederhana, tidak gemuk dan tidak kurus,
Hempulurnya putih, tidak hitam,
Tidak bengkok, atau mempunyai pusar,
Qalam itu janganlah terlampau keras atau terlalu lembut
Jika dari qalam itu terbit noktah yang elok bentuknya ,
Anda dapat menghasilkan tulisan yang indah.
Uji qalam itu dengan membuat noktah
Dengarlah kata sorang tua:

CARA MENGUJI SEBATANG QALAM

Anda adalah rupawan yang ganjil, wahai qalam yang berbaju merah
Berbelah lidah dalam pertuturan , tetapi bisu
Menunjukkan pendirianmu yang tegak mempunyai bayang
Mengheret dibawah tapak kakimu pohon yang berwarna malam.

Dipetik Dari Buku Pameran Seni Khat Universiti Malaya 1975
PENERANGAN JENIS-JENIS KHAT

KHAT NASAKH
Dinamakan khat nasakh kerana tulisannya digunakan untuk menaskhahkan atau membukukan al-Quran serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain. Bentuk khat ini merupakan hasil daripada pengubahsuaian yang dilakukan oleh Ibnu Muqlah.
Tulisan Nasakh Muncul padaakhir abad ke 3H/8M. Ciri-cirinya ialah mempunyai kelembutan , mudah dibentuk , praktikal dan mudah di baca. Ia sesuai digunakan dalam penulisan al-Quran, kitab, akhbar dan majalah.

KHAT THULUTH
 Thuluth ( bahasa arab) bermakna 1/3. Dinamakan khat thuluth kerana huruf menegaknya di tulis dengan mata pen (qalam) yang ukuran lebarnya menyamai 1/3 lebar mata pen. Ia juga di kenali sebagai Ummul Khat (ibu tulisan) kerana kehandalan seseorang penulis khat tidak akan diakui kecuali setelah dia mahir dalam khat ini. Ia Bersifat dekoratif, boleh disusun dalam berbagai bentuk , mempunyai cirri-ciri kesenian tersendiri. Sesuai digunakan untuk  perhiasan  basjid,bangunan, papan tanda, tajuk buku dan  sebagainya

KHAT FARISI
Dinamakan Farisi kerana dinisbahkan kepada bangsa  Parsi. Dicipta oleh Mir Ali  al- Tibrisi, kemudian di perelok oleh Imaduddin al-Syirazi. Khat ini juga dikenali sebagai khat Ta’liq/Nasta’liq. Terkenal dan diginakan secara meluas di negara Iran. Keindahan khat ini terletak pada bentuk lengkungan huruf-hurufnya. Bentuk huruf-hurufnya yang condong kekanan dan tidak mempunyai baris. Banyak digunakan  untuk menulis syair  dan kegunaan harian.

KHAT RIQ’AH
Khat ini dicipta oleh penulis khat Turki Mumtaz Bek pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Khan pada tahun 1280H. Tujuan khat ini dicipta  ialah untuk menyeragamkan bentuk tuisan dalam semua urusan rasmi dikalangan kakitangan kerajaan . Ciri-ciri khusus khat ini ialah bentuk huruf yang kecil, tegak  dan tidak menggunakan baris, lebih cepat dan mudah ditulis  jika dibandingkan dengan khat yang lain. Khat jenis ini adalah menjadi pilihan oleh masyarakat Arab untuk   tulisan tangan, menulis nota dan  untuk tulisan seharian.

KHAT DIWANI
Khat ini dicipta oleh Muhammad Munif, di sempurnakan bentuknya oleh Syahla Pasya dan al-Hafiz Othman. Khat ini mula terkenal setelah Konstantinopel (Istanbul) ditawan oleh Sultan Muhammad al-Fateh pada tahun 857H. Tulisan ini berbentuk condong ke kiri, lembut bundar dan melengkung, bersusun,bertindih-tindih dan tidak menggunakan baris. Tujuan tulisan ini di cipta ialah untuk  menulis surat rasmi, keputusan dan pekeliling pentadbiran kerajaan. Kini khat ini banyak digunakan untuk menulis sijil, watikah istana dan tulisan untuk  hiasan.

KHAT KUFI
Dinamakan kufi kerana dinisbahkan kepada Kufah iaitu tempat asal khat ini dicipta. Khat kufi terbahagi kepada Kufi Mushafi, Kufi Fatimi, Kufi Murabba’,

Kufi maghribi 

KATA-KATA INDAH TENTANG KHAT


KATA-KATA INDAH TENTANG KHAT

TULISAN YANG CANTIK MENERANGKAN MATA, TULISAN YANG BURUK MENGELUARKAN AIRMATA.

PERTUTURAN YANG BAIK MENAKLUKI HATI, DAN TULISAN YANG ELOK MEMBERSIHKAN MATA

TULISAN YANG CANTIK IALAH HARTA BAGI YANG MISKIN, HIASAN BAGI HARTAWAN, KESEMPURNAAN BAGI KERAJAAN.

KECANTIKAN TULISAN ADALAH LIDAH BAGI ANGGOTA DAN KEINDAHAN BAGI FIKIRAN.

MANUSIA TIADA MEMPUNYAI HARTA YANG LEBIH BERNILAI DARI KEBIJAKSANAAN DAN BAKAT

TULISAN YANG BAIK IALAH TULISAN YANG DAPAT DIBACA

TULISAN WUJUD SUPAYA BOLEH DIBACA, BUKAN UNTUK MENYUSAHKAN PEMBACA.

TULISAN ADALAH LIDAH KEPADA JANTUNG DAN TEMPAT MENYIMPANRAHSIA PENYIASAT KHABAR DAN PENGAWIT PERINGATAN SEJARAH.

KATA2 YANG BAIK JIKA DITULISKAN DENGAN CANTIK MEMBERI NIKMAT KEPADA MATA, KEGEMBIRAAN KEPADA HATI, DAN KEHARUMAN KEPADA ROH.

TULISAN ADALAH JOEMETRI ROHANI YANG DIUJUDKAN MELALUI ALAT JASMANI.

AIR MATA YANG MENGALIR DARI QALAM ITU TIDAK KURANG INDAHNYA DARI AIR MATA YANG MENGALIR DIPIPI ANAK DARA.- AL-MA’MUN

DAKWAT ADALAH HITAM PADA PENGLIHATAN MATA , TETAPI PUTIH PADA MATA HATI.

SAYA TIDAK PERNAH MELIHAT SEORANG YANG MENGALIRKAN AIR MATA SERTA TERSENYUM LEBIH INDAH DARI SEBATANG QALAM.- JAAFAR BIN YAHYA.
KALIGRAFI
Diambil dari perkataan Inggeris ( calligraphy) berasal dari kata Latin “ kalios” yang bererti indah dan “graph” berarti tulisan atau aksara.
Kaligrafi bermaksud “ kemahiran menulis dengan cantik”

KHAT
Diambil dari perkataan Arab ( khat) yang  berarti  garis atau tulisan  indah.

Definisi lebih lengkap dikemukakan oleh Syekh Syamsuddin Al-Akfani didalam kitabnya, Irsyad Al-Qasid bab “ Hasr Al-Ulum” bermaksud:

“ Khat / kaligrafi adalah satu ilmu yang :
-          Memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal,
-          Letak-letaknya,
-          Cara merangkainya menjadi sebuah  tulisan yang tersusun ,
-          Atau apa-apa yang ditulis di atas garis-garis,
-          Bagaimana cara menulisnya,
-          Menentukan mana yang tidak perlu ditulis,
-          Mengubah ejaan yang perlu digubah,
-          Dan menentukan cara bagaimana  untuk menggubahnya.


(Rujukan : Drs. D. Sirojuddin Ar . 1992. Seni Kaligrafi Islam . Pt Remaja Rosdakarya Bandung )

Friday, 15 January 2010

1 Malaysia



ni adalah hasil karya nama PM dalam bentuk 1 MALAYSIA yg belum siap, yg ditulis live depan Perdana Menteri,

Wednesday, 13 January 2010

ULASAN HAKIM

ULASAN HAKIM

Berikut adalah antara ringkasan ulasan panel hakim iaitu Ust Muhammed Yusof Abu Bakar setelah Majlis Penyampaian Hadiah Sempena Manifistasi Perdana Seni Khat Peringkat Kebangsaan di Muzium Kesenian Islam baru- baru ini.

Seni Khat Spontan

Secara amnya kebanyakan peserta masih mengekalkan penulisan tradisi dengan mutu yang baik. Walaubagaimanapun terdapat beberapa kelemahan dapat dilihat pada kaedah tulisan dan hiasan seperti;

-Kurangnya perhatian dan ketelitian pada meletakkan tanda-tanda baris
-Tulisan , Baris dan tanda-tanda tidak mengikut Resam Uthmani.
-Baris tidak lengkap
-Salah Baris
-Kurang Rumah Huruf


Lukisan Khat Tradisional Atas Kanvas

-Secara keseluruhannya mempunyai kekuatan dan mengabungkan unsur-unsur tradisi samada dari timur tengah mahupun tradisi alam melayu .
-Kebanyakan peserta banyak memilih khat Thuluth utk karya masing masing
-Ada keberanian terhadap mengolah ayat ayat mengikut citarasa masing-masing.
-Peserta secara amnya telah mencapai tahap seni murni /fine art dari sudut komposisi dan warna.


Lukisan Khat Kontemporari Atas Kanvas

Secara amnya peserta telah berjaya menunjukkan ada kematangan dan keberanian dalam menggunakan tulisan sebagai elemen lukisan dan masih mengekalkan unsur tradisi dan digabungkan dengan gaya kontemporari dengan baik.

Tuesday, 5 January 2010

KERATAN AKHBAR

Ahmad Jurjani, Fadil juara

ALIMUDDIN Mohd. Dom melihat lukisan khat tradisional pada majlis penyampaian hadiah Pertandingan Manifestasi Perdana Seni Khat 2009 di Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



KUALA LUMPUR 31 Dis. – Ahmad Jurjani Hishamudin, 17, dari Sungai Buloh langsung tidak mengetahui apa itu kain kanvas. Namun, atas dorongan ibu-bapa dan rakan-rakan beliau menyertai Pertandingan Manifestasi Perdana Seni Khat 2009.

Bagi menyertai pertandingan itu, beliau ke kedai percetakan untuk membeli kain mencetak banting tetapi diberikan percuma oleh pekedai itu.

Dari situ, Ahmad Jurjani mencipta lukisan khat dan ia berjaya memikat juri yang memilih lukisannya itu sebagai pemenang pertandingan tersebut bagi kategori Seni Lukisan Khat Kontemporari di atas kanvas.

“Saya bersyukur atas kemenangan ini. Memang langsung tidak sangka kerana saya tidak pernah memenangi pertandingan-pertandingan besar sebelum ini.

“Apatah lagi, ia adalah kategori terbuka. Saya tidak sangka menang kerana ada peserta lain yang lebih berpengalaman,” katanya yang mula meminati tulisan khat sejak berada di tingkatan dua.

Beliau ditemui selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan itu yang disempurnakan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom di Muzium Kesenian Islam di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah Yayasan Albukhary, Mohammad Nasir Daud dan Yang Dipertua Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK), Mohammed Yusof Abu Bakar.

Pertandingan itu anjuran Muzium Kesenian Islam Malaysia, PSKK dengan kerjasama Kumpulan Utusan, Astro Oasis dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Kemenangan itu melayakkan Ahmad Jurjani menerima wang tunai RM2,500 dan sijil.

Sementara itu, seorang pelukis khat, Mohd. Fadil Sulaiman, 35, menggunakan sepenuh pengalamannya untuk muncul juara bagi kategori Seni Khat Tradisional Atas Kertas (Spontan) dan hadiah saguhati bagi kategori Seni Lukisan Khat Kontemporari atas kanvas.

Beliau mengakui terkejut dengan kemenangan itu kerana menganggap tulisan khat bagi kategori dimenanginya tidak begitu menarik.

“Namun, Alhamdulillah, juri memilih saya sebagai pemenang bagi kategori itu,” katanya yang menerima wang tunai RM2,500 beserta sijil kemenangan.

Sementara itu, pemenang tempat pertama bagi kategori bawah 18 tahun seni khat Naskh dan Riq’ah, Wan Mohammad Amirul Wan Rasid, 17, berterima kasih kepada gurunya yang banyak memberikan galakan.

“Seni khat sering membuatkan jiwa saya tenang. Boleh dikatakan setiap hari saya akan melukis khat,” kata pelajar Maahad Muhammadi, Tumpat, Kelantan itu.

Beliau meraih wang tunai RM1,000 beserta sijil.

Kesemua lukisan khat yang memenangi pertandingan itu akan dipamerkan di muzium berkenaan sehingga Januari depan untuk tatapan pengunjung.

petikan daripada UTUSAN MALAYSIA 31 dis 2009

KARYA PEMENANG



SAGUHATI. KARYA FADIL SULAIMAN

KARYA PEMENANG 1

PEMENANG PERTAMA. KARYA SYAFIK
PEMENANG KEDUA: KARYA HAMKA
TEMPAT PERTAMA:

KARYA PEMENANG

TEMPAT KEDUA : ARIS ATAN

Thursday, 24 December 2009

WARKAH ISTANA NEGARA

[sunting]
Penggunaan tulisan Jawi dalam tulisan watikah pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-13 Tuanku Mizan Zainal Abidin serta surat jemputan kepada Raja-raja Melayu untuk berangkat ke majlis itu menghidupkan kembali budaya tulisan itu di istana seperti zaman dahulu kala. Ia seiring dengan usaha kerajaan memupuk dan meningkatkan penggunaan dan kemahiran tulisan Jawi dalam kalangan rakyat.
Yayasan Restu merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang telah dipertanggungjawab sekali lagi untuk menyediakan surat jemputan kepada Raja-raja Melayu serta watikah pertabalan menggunakan kertas khas. Yayasan berusia 20 tahun itu telah dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan 15 surat jemputan kepada semua Sultan dan Raja Melayu serta Yang Dipertua Negeri dan Perdana Menteri.
Ia menyediakan empat jenis watikah iaitu Watikah Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong, Watikah Ikrar, Watikah Doa dan Watikah Perisytiharan Pertabalan di atas enam kulit kambing yang diimport dari United Kingdom dan telah diproses dan dipotong di Jabatan Ukur dan Pemetaan serta disiapkan dengan reka bentuk dan corak serta motif yang dipilih bersempena dengan pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-13 Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Khamis, 26 April 2007.
Yayasan yang pakar dalam bidang kaligrafi khat itu, pernah ditugaskan untuk menyediakan dokumen yang serupa semasa pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-12 Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail pada 2002.
Abdul Baki Abu Bakar iaitu Eksekutif Kanan Kaligrafi Yayasan Restu dan Mohd Fadil Sulaiman yang merupakan penulis watikah tersebut akan menggunakan tulisan Jawi jenis khat thuluth bagi tajuk, teks menggunakan khat nasakh manakala kalimah basmalah pula menggunakan khat diwani. Penulisan khat itu telah dibuat dengan menggunakan dakwat hitam yang terbaik dari Jepun, yang kalis air. Ketelitian amat perlu ketika menulis watikah di atas kulit kambing kerana ia mempunyai tekstur yang agak licin seperti berminyak dan berbintik-bintik.
[sunting] Surat jemputan
Mohd Fadil
yang berpengalaman dalam penulisan Jawi selama 10 tahun turut membuat kad jemputan Diraja dan kerja penulisannya dimulakan pertengahan bulan Mac dan siap sepenuhnya awal bulan April 2007. Setiap surat jemputan mengambil masa empat jam untuk siap ditulis, kerana ia melalui pelbagai peringkat, dengan peringkat pertama meliputi aspek melakar skrip menggunakan pensil bagi mengelakkan kesalahan serta untuk mengimbangi tulisan. Kemudian semakan akan dibuat oleh penyemak dari Yayasan Restu dan pihak Istana Negara dari segi perkataan dan ejaan.
Surat jemputan itu ditulis di atas kertas manuskrip diperbuat daripada campuran kapas dan pulpa kayu dan bebas asid, dan kertas ini mampu bertahan selama 500 tahun

Utusan Malaysia

Friday, 20 November 2009

KEPUTUSAN PERTANDINGAN KHAT MKIM O9


Setelah berdebar2 menanti... keputusan kini depan mata anda. tahniah kepada peserta yg berjaya. dan banyakkan latihan kepada yang belum berjaya, kerana kejayaan sedang menenti anda pada pertandingan yg akan datang ( sebab yg menang dah tak boleh masuk ptdgn dah)

Tuesday, 8 September 2009

PEMENANG PERTAMA


Karya ust Nik Abd Rahman, dari kelantan. pemenang pertama dalam pertandingan seni khat anjuran astro dalam program marhabandiastro di Klang 5-6 september 09, Pertandingan amat sengit kerana semua otai2 khat kebanyakannya berada di selangor. pening kepala hakim dibuatnya.

PEMANANG N0 2


karya Fadil Sulaiman dari Selangor mendapat tempat ke 2 kerana mungkin kurang menepati selera hakim

Monday, 24 August 2009

benang sutra


antara ink waterproof yg biasa digunakan utk menulis khat. CALLY, HOLBEIN. dan ink buat sendiri dari iran. yg kat tepi tu contoh benang sutera utk dimasukkan dalam bekas ink.

pisau dri turki


pisau sebenar untuk potong qalam dari turki . (atas) digunakan utk meraut. (bawah ) digunakan utk memotong mata. Kepunyaan ust Yusof. dipinjamkan kepada saya. utk mendapatkan saiz dan gambaran sebenar. Kepada peminat khat yg berminat boleh buat tempahan.

Monday, 17 August 2009

JAKIM SOKONG KHAT


Bengkel dirasmikan oleh Ybg Ketua Pengarah JAKIM. Banyak idea dan cadangan dari beliau. Mudah mudahan dengan adanya kerjasama PSKK dan JAKIM segala perkara yang dicadang dan dirancang akan menjadi kenyataan, dan memudahkan lagi perjuangan PSKK untuk memartabatkan seni khat di Malaysia. Terima kasih JAKIM dengan respon yg diberikan

BENGKEL MODUL KHAT


Gambar kenangan bersama antara peserta Bengkel Membina Modul Kursus Seni Khat yang terdiri daripada pakar2 khat dan golongan profesional seluruh negara. Dengan kerjasama antara JAKIM,ILIM dan PSKK (Persatuan Seni Khat Kebangsaan). 14 hingga 16 ogos 09 di Institut Latihan Islam, Bangi.

Thursday, 13 August 2009

PERTANDINGAN KHAT 09


MANIFESTASI PERDANA SENI KHAT diadakan kembali, beramai ramailah kita memeriahkannya, jgn risau otai-otai johan pertandingan yang lalu tidak dibenarkan bertanding, inilah peluang terbaik bagi bakat2 baru untuk menguji tangan dan tahap tulisan masing2 di peringkat kebangsaan. Johan setiap katagori rm2500.00. dapatkan borang dan maklumat di Muzium Kesenian Islam K.L. Tel 03-22742020 . Tapi jgn lupa bawa duit.... sebab borang dijual dengan harga rm10, Tempat terhad, Sebarang pertanyaan.. sila tanya di kaunter pertanyaan MKIM,