Monday, 24 August 2009

benang sutra


antara ink waterproof yg biasa digunakan utk menulis khat. CALLY, HOLBEIN. dan ink buat sendiri dari iran. yg kat tepi tu contoh benang sutera utk dimasukkan dalam bekas ink.

pisau dri turki


pisau sebenar untuk potong qalam dari turki . (atas) digunakan utk meraut. (bawah ) digunakan utk memotong mata. Kepunyaan ust Yusof. dipinjamkan kepada saya. utk mendapatkan saiz dan gambaran sebenar. Kepada peminat khat yg berminat boleh buat tempahan.

Monday, 17 August 2009

JAKIM SOKONG KHAT


Bengkel dirasmikan oleh Ybg Ketua Pengarah JAKIM. Banyak idea dan cadangan dari beliau. Mudah mudahan dengan adanya kerjasama PSKK dan JAKIM segala perkara yang dicadang dan dirancang akan menjadi kenyataan, dan memudahkan lagi perjuangan PSKK untuk memartabatkan seni khat di Malaysia. Terima kasih JAKIM dengan respon yg diberikan

BENGKEL MODUL KHAT


Gambar kenangan bersama antara peserta Bengkel Membina Modul Kursus Seni Khat yang terdiri daripada pakar2 khat dan golongan profesional seluruh negara. Dengan kerjasama antara JAKIM,ILIM dan PSKK (Persatuan Seni Khat Kebangsaan). 14 hingga 16 ogos 09 di Institut Latihan Islam, Bangi.

Thursday, 13 August 2009

PERTANDINGAN KHAT 09


MANIFESTASI PERDANA SENI KHAT diadakan kembali, beramai ramailah kita memeriahkannya, jgn risau otai-otai johan pertandingan yang lalu tidak dibenarkan bertanding, inilah peluang terbaik bagi bakat2 baru untuk menguji tangan dan tahap tulisan masing2 di peringkat kebangsaan. Johan setiap katagori rm2500.00. dapatkan borang dan maklumat di Muzium Kesenian Islam K.L. Tel 03-22742020 . Tapi jgn lupa bawa duit.... sebab borang dijual dengan harga rm10, Tempat terhad, Sebarang pertanyaan.. sila tanya di kaunter pertanyaan MKIM,

Wednesday, 12 August 2009

PETUA MEMILIH QALAM

MENGENAI QALAM

Warna qalam mestilah yang perang
Tidak keras seperti batu
Tidak hitam, tidak terlalu pendek, dan tidak terlalu panjang,

Besarnya hendaklah sederhana, tidak gemuk dan tidak kurus,
Hempulurnya putih, tidak hitam,
Tidak bengkok, atau mempunyai pusar,
Qalam itu janganlah terlampau keras atau terlalu lembut
Jika dari qalam itu terbit noktah yang elok bentuknya ,
Anda dapat menghasilkan tulisan yang indah.
Uji qalam itu dengan membuat noktah
Dengarlah kata sorang tua:

CARA MENGUJI SEBATANG QALAM

Anda adalah rupawan yang ganjil, wahai qalam yang berbaju merah
Berbelah lidah dalam pertuturan , tetapi bisu
Menunjukkan pendirianmu yang tegak mempunyai bayang
Mengheret dibawah tapak kakimu pohon yang berwarna malam.

Dipetik Dari Buku Pameran Seni Khat Universiti Malaya 1975

Thursday, 6 August 2009

GURU SENI SAYA


Bergambar bersama guru seni saya Pak Mahmud, kurator Bait Al-Quran Jakarta, ketika melawat studio beliau di Bandung. Banyak mengajar saya tentang falsafah seni dalam al-Quran

TANTANG SAYA

PENGALAMAN

- Menulis Al-Quran Mushaf Malaysia
- Menulis Al-Quran Koleksi Peribadi
- Menulis Watikah Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke12 dan Ke13
- Menulis surat jemputan Istan Negara kepada sultan dan raja-raja melayu
- Menulis surat dan khat untuk istana Sultan Selangor
- Hakim Pertandingan Khat
- Bengkel/kelas Khat
- Demonstrasi ( tunjuk cara) khat


PENCAPAIAN

Pertandingan Seni Khat Asean Brunai.
- Pertama, Nasakh 1998.
- Saguhati, Nasakh 2000
- Saguhati, Dewani 2002

Manifestasi Perdana Seni Khat
- Pertama, Nasakh spontan 2001
- Pertama, Thuluth, Lukisan khat atas kanvas 2003



Tujuan blog ini diwujudkan:

Satu lagi pilihan sumber maklumat agar sama-sama dapat belajar, berkongsi ilmu, pendapat dan pengalaman, mudah-mudahan dapat meningkatkan lagi tahap pengetahuan masyarakat tentang apa itu seni khat dalam erti kata yang sebenar.

GURU KHAT SAYA


Berbincang , mendengar teguran dan saranan Ust Yusof tentang perancangan dan perkembangan khat di Malaysia.

Wednesday, 5 August 2009

BUKU SUMPAH & IKRAR


Menulis Buku Sumpah dan Ikrar Dewan Rakyat KE15 Parlimen Malaysia dalam khat rumi, risau juge kerana tak boleh ada kesalahan walau satu titik. Walau bagaimanapun alhamdulillah.... semuanya menjadi mudah kerana ada cara dan tekniknya.

SULTAN MELAWAT


demo khat ketika sultan melawat galeri (maaf kualiti gambar tidak memuaskan, ( pasal kamera murah)

ALAT MENULIS KHAT


Antara bahan yg boleh dijadikan pen (kalam) dari kiri disfuli (Iran), rotan, buluh Meru, besi (Mesir), buluh korea, pinang pipit, handam, ijok, tebu (pakistan), stokin, dan nak lagi mudah beli je pen khat yg dah siap kat kedai. walau apapun.... yg paling best tetap HANDAM, nak tau kenapa? tunggu,,,, . Yang bawah tu kayu alas utk potong mata kalam, dibawahnya lekatkan kertas pasir. Pisau tu ditempah khas untuk potong kalam, dihadiahkan oleh Abg Shafee PSKK, pisau ni jgn cari kat kedai sebab tak de jual, kena tempah!

Tuesday, 4 August 2009

WATIKAH AGONG KE13


Keratan akhbar. Diberi kepercayaan sekali lagi oleh pihak Istana Negara untk menulis Watikah untuk Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke13 Tuanku Mizan Zainal Abidin. Menggunakan bahan daripada kulit kambing.

WATIKAH AGONG KE12


Keratan akhbar ketika menulis Watikah Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke12 Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail. Pangalaman pertama menulis diatas kulit kambing yang ditempah khas, agak sukar kerana permukaannya agak licin dan berminyak.

Monday, 3 August 2009

FUNGSI KHAT

PERANAN DAN FUNGSI KALIGRAFI

Peranan Kaligrafi

- Kaligrafi merupakan salahsatu sarana komonikasi antar manusia , Kaligrafi telah berhasil membawa warisan budaya derabad-abad dari nenek moyang kepada cucu

- Kaligrafi adalah salah satu medium kebudayaan yang lahir dari agama , sosial, ekenomi dan lain lain dan merupakan medium ilmu dan penelitian ilmiah.

- Kaligrafi merupakan kepanjangan dari pikiran manusia, dan pena termasuk salahsatu sarananya. Dengan demikian, pena adalah penyambung lidah pemahaman.

- Kaligrafi adalah salahsatu sarana penyampai sejarah sepanjang zaman, catatan peristiwa dan sejarah bangsa.

- Kaligrafi adalah salahsatu sarana infomasi dan cabang estetika yang bernilai budaya.

FAEDAH KEINDAHAN KHAT

FAEDAH KEINDAHAN KALIGRAFI

Kejelasan ( wuduh )
Kerana kejelasan dapat menghilangkan keraguan dan memudahkan bacaan yang betul, memperjelas arti kata hingga kalimat.

Kecepatan ( sur’ah )
Kerana keindahan kaligrafi membantu tulisan yang digoreskan secara cepat
Sedangkan kecepatan membantu kesempurnaan tugas-tugas pelajaran pekerjaan dan sebagainya.

Keindahan ( jamal )
Keindahan dalam kaligrafi memberikan secara penuh kecenderungan estetik dan kenikmatan seni pada setiap individu, Siapapun mempelajari dan memperelok kaligrafi akan tersentuh keindihannya sekaligus merasakan penyatuan, kecantikan dan kepuasan saat bergumul di dalamnya.

Kerapian ( tansiq )
Mengatur kata-kata dalam satu baris dengan standart ukuran dan disiplin mendorong kebiasaan selalu rapi, berdisiplin , cermat, dan tepat dalam segala keadaan yang khusus dan umum bagi setiap individu.

Penyatuan bentuk ( wihdah al-syakl )
Kerana setiap gaya tulisan memiliki karakter unit bentuk yang saling berkait dan mengandungi kelebihan-kelebihan khusus yang membuat tulisan menjadi indah, bersusun, dan mempunyai bentuk yangmempesona , sesuai dengan kaedah pengolahan hasil latihan, setiap pelatih akan dapat menerapkah teori-teori penggunaan unit bentuk sebagai sebagai bahagian dari disiplin social dalam hidupnya.

( Di petik dari kitab Silsilatu Ta'lim al-Khat al-Arabi Dalil al-Mu'alim. karya Fauzi Salim diterjemahkan oleh Drs. H.D. Sirojuddin A.R.)

WARKAH SULTAN SELANGOR

menulis surat sultan selangor untuk Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.