Thursday, 24 December 2009

WARKAH ISTANA NEGARA

[sunting]
Penggunaan tulisan Jawi dalam tulisan watikah pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-13 Tuanku Mizan Zainal Abidin serta surat jemputan kepada Raja-raja Melayu untuk berangkat ke majlis itu menghidupkan kembali budaya tulisan itu di istana seperti zaman dahulu kala. Ia seiring dengan usaha kerajaan memupuk dan meningkatkan penggunaan dan kemahiran tulisan Jawi dalam kalangan rakyat.
Yayasan Restu merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang telah dipertanggungjawab sekali lagi untuk menyediakan surat jemputan kepada Raja-raja Melayu serta watikah pertabalan menggunakan kertas khas. Yayasan berusia 20 tahun itu telah dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan 15 surat jemputan kepada semua Sultan dan Raja Melayu serta Yang Dipertua Negeri dan Perdana Menteri.
Ia menyediakan empat jenis watikah iaitu Watikah Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong, Watikah Ikrar, Watikah Doa dan Watikah Perisytiharan Pertabalan di atas enam kulit kambing yang diimport dari United Kingdom dan telah diproses dan dipotong di Jabatan Ukur dan Pemetaan serta disiapkan dengan reka bentuk dan corak serta motif yang dipilih bersempena dengan pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-13 Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Khamis, 26 April 2007.
Yayasan yang pakar dalam bidang kaligrafi khat itu, pernah ditugaskan untuk menyediakan dokumen yang serupa semasa pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-12 Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail pada 2002.
Abdul Baki Abu Bakar iaitu Eksekutif Kanan Kaligrafi Yayasan Restu dan Mohd Fadil Sulaiman yang merupakan penulis watikah tersebut akan menggunakan tulisan Jawi jenis khat thuluth bagi tajuk, teks menggunakan khat nasakh manakala kalimah basmalah pula menggunakan khat diwani. Penulisan khat itu telah dibuat dengan menggunakan dakwat hitam yang terbaik dari Jepun, yang kalis air. Ketelitian amat perlu ketika menulis watikah di atas kulit kambing kerana ia mempunyai tekstur yang agak licin seperti berminyak dan berbintik-bintik.
[sunting] Surat jemputan
Mohd Fadil
yang berpengalaman dalam penulisan Jawi selama 10 tahun turut membuat kad jemputan Diraja dan kerja penulisannya dimulakan pertengahan bulan Mac dan siap sepenuhnya awal bulan April 2007. Setiap surat jemputan mengambil masa empat jam untuk siap ditulis, kerana ia melalui pelbagai peringkat, dengan peringkat pertama meliputi aspek melakar skrip menggunakan pensil bagi mengelakkan kesalahan serta untuk mengimbangi tulisan. Kemudian semakan akan dibuat oleh penyemak dari Yayasan Restu dan pihak Istana Negara dari segi perkataan dan ejaan.
Surat jemputan itu ditulis di atas kertas manuskrip diperbuat daripada campuran kapas dan pulpa kayu dan bebas asid, dan kertas ini mampu bertahan selama 500 tahun

Utusan Malaysia