Friday, 15 January 2010

1 Malaysia



ni adalah hasil karya nama PM dalam bentuk 1 MALAYSIA yg belum siap, yg ditulis live depan Perdana Menteri,

Wednesday, 13 January 2010

ULASAN HAKIM

ULASAN HAKIM

Berikut adalah antara ringkasan ulasan panel hakim iaitu Ust Muhammed Yusof Abu Bakar setelah Majlis Penyampaian Hadiah Sempena Manifistasi Perdana Seni Khat Peringkat Kebangsaan di Muzium Kesenian Islam baru- baru ini.

Seni Khat Spontan

Secara amnya kebanyakan peserta masih mengekalkan penulisan tradisi dengan mutu yang baik. Walaubagaimanapun terdapat beberapa kelemahan dapat dilihat pada kaedah tulisan dan hiasan seperti;

-Kurangnya perhatian dan ketelitian pada meletakkan tanda-tanda baris
-Tulisan , Baris dan tanda-tanda tidak mengikut Resam Uthmani.
-Baris tidak lengkap
-Salah Baris
-Kurang Rumah Huruf


Lukisan Khat Tradisional Atas Kanvas

-Secara keseluruhannya mempunyai kekuatan dan mengabungkan unsur-unsur tradisi samada dari timur tengah mahupun tradisi alam melayu .
-Kebanyakan peserta banyak memilih khat Thuluth utk karya masing masing
-Ada keberanian terhadap mengolah ayat ayat mengikut citarasa masing-masing.
-Peserta secara amnya telah mencapai tahap seni murni /fine art dari sudut komposisi dan warna.


Lukisan Khat Kontemporari Atas Kanvas

Secara amnya peserta telah berjaya menunjukkan ada kematangan dan keberanian dalam menggunakan tulisan sebagai elemen lukisan dan masih mengekalkan unsur tradisi dan digabungkan dengan gaya kontemporari dengan baik.

Tuesday, 5 January 2010

KERATAN AKHBAR

Ahmad Jurjani, Fadil juara

ALIMUDDIN Mohd. Dom melihat lukisan khat tradisional pada majlis penyampaian hadiah Pertandingan Manifestasi Perdana Seni Khat 2009 di Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



KUALA LUMPUR 31 Dis. – Ahmad Jurjani Hishamudin, 17, dari Sungai Buloh langsung tidak mengetahui apa itu kain kanvas. Namun, atas dorongan ibu-bapa dan rakan-rakan beliau menyertai Pertandingan Manifestasi Perdana Seni Khat 2009.

Bagi menyertai pertandingan itu, beliau ke kedai percetakan untuk membeli kain mencetak banting tetapi diberikan percuma oleh pekedai itu.

Dari situ, Ahmad Jurjani mencipta lukisan khat dan ia berjaya memikat juri yang memilih lukisannya itu sebagai pemenang pertandingan tersebut bagi kategori Seni Lukisan Khat Kontemporari di atas kanvas.

“Saya bersyukur atas kemenangan ini. Memang langsung tidak sangka kerana saya tidak pernah memenangi pertandingan-pertandingan besar sebelum ini.

“Apatah lagi, ia adalah kategori terbuka. Saya tidak sangka menang kerana ada peserta lain yang lebih berpengalaman,” katanya yang mula meminati tulisan khat sejak berada di tingkatan dua.

Beliau ditemui selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan itu yang disempurnakan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom di Muzium Kesenian Islam di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah Yayasan Albukhary, Mohammad Nasir Daud dan Yang Dipertua Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK), Mohammed Yusof Abu Bakar.

Pertandingan itu anjuran Muzium Kesenian Islam Malaysia, PSKK dengan kerjasama Kumpulan Utusan, Astro Oasis dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Kemenangan itu melayakkan Ahmad Jurjani menerima wang tunai RM2,500 dan sijil.

Sementara itu, seorang pelukis khat, Mohd. Fadil Sulaiman, 35, menggunakan sepenuh pengalamannya untuk muncul juara bagi kategori Seni Khat Tradisional Atas Kertas (Spontan) dan hadiah saguhati bagi kategori Seni Lukisan Khat Kontemporari atas kanvas.

Beliau mengakui terkejut dengan kemenangan itu kerana menganggap tulisan khat bagi kategori dimenanginya tidak begitu menarik.

“Namun, Alhamdulillah, juri memilih saya sebagai pemenang bagi kategori itu,” katanya yang menerima wang tunai RM2,500 beserta sijil kemenangan.

Sementara itu, pemenang tempat pertama bagi kategori bawah 18 tahun seni khat Naskh dan Riq’ah, Wan Mohammad Amirul Wan Rasid, 17, berterima kasih kepada gurunya yang banyak memberikan galakan.

“Seni khat sering membuatkan jiwa saya tenang. Boleh dikatakan setiap hari saya akan melukis khat,” kata pelajar Maahad Muhammadi, Tumpat, Kelantan itu.

Beliau meraih wang tunai RM1,000 beserta sijil.

Kesemua lukisan khat yang memenangi pertandingan itu akan dipamerkan di muzium berkenaan sehingga Januari depan untuk tatapan pengunjung.

petikan daripada UTUSAN MALAYSIA 31 dis 2009

KARYA PEMENANG



SAGUHATI. KARYA FADIL SULAIMAN

KARYA PEMENANG 1

PEMENANG PERTAMA. KARYA SYAFIK
PEMENANG KEDUA: KARYA HAMKA
TEMPAT PERTAMA:

KARYA PEMENANG

TEMPAT KEDUA : ARIS ATAN