MASALAH MENULIS/MENGEJA NAMA DALAM TULISAN JAWI
Penduduk Melayu di Negara ini banyak menggunakan nama Arab
seperti Ali, Amran, Aiman, Imran, Daud, Othman, Salleh, Aminah, Khatijah,
Noraini, Radziah, Sharifah dan sebagainya. Namun ada di antara mereka menghadapi
masalah untuk mengeja dengan tepat dalam tulisan jawi.
Hambali , penuntut sebuah kolej bertanyaakan ejaan namanya
dalam ejaan jawi samaada ejaannya ha-mim-ba-alif-lam-ya mengikut sebutan atau
dieja mengikut kaedah bahasa Arab, ha-nun-ba-lam-ya?
Sebenarnya nama yang
berasal daripada bahasa Arab hendaklah dieja mengikut kaedah bahasa Arab
seperti Hambali. Nama yang disusun atau
yang diujudkan dalam bentuk bukan bahasa Arab, boleh dieja mengikut kaedah
ejaan jawi seperti Jahlelawati.
Pernah berlaku seorang tokoh bahasa merungutkan tentang
namanya (Abdul Aziz) yang dieja A Aziz
(alif-ya-ha ain-zai-ya-zai) dalam tulisan jawi mengikut kadah tulisan rumi.
Sebaliknya, seorang pelajar tingkatan satu merungut namanya
Nurul Huda dieja Nur Al-Huda dalam tulisan jawi oleh guru Pendidikan Islamnya,
pada hal semasa di sekolah rendah ia mengeja Nurul (nun-waw-ra-wau-lam), Huda
(Ha-wau-dal-alif)
Seperkara lagi ,nama Muhammad
yang dieja dalam pelbagai bentuk dalam tulisan rumi seperti M, Md, Mohd, Muhd, Mohamed, Muhamed, Mohamad,
Muhamad, Mohammed, Mohammad dan lain-lain. Dalam tulisan jawi perkataan itu
hanya satu ejaan sahaja, iaitu
mim-ha-mim-dal.
Begitu juga nama Abdul
, hendaklah dieja mengikut ejaan bahasa
Arab menggunakan ain-ba-dal
(bermaksud hamba) disambung dengan perkataan berikutnya dengan sisipan alif-lam, samada alif-lam syamsiah atau
qamariah seperti Abdul Rasyid
[ab.dur.ra.syid],
Abdul Halim
[ab.dul.ha.lim].
Nama Hanbali hendaklah dieja ha-nun-ba-lam-ya yang membawa
makna yang menghalusi perkara agama dan lain lain. Ejaan dengan mim, iaitu
ha-mim-ba-alif-lam-ya tidak membawa makna tersebut.
Nama Jahlelawati adalah nama yang tiada kaitan dengan bahasa
Arab, malah ia adalah gabungan sebutan
melayu dan Sanskrit: jah+ lela+wati. Jah itu mungkin berasal daripada perkataan
Arab seperti Khadijah yang kerap disebut Tijah atau Jah sahaja dalam masyarakat
melayu, tetepi perkataan lela itua adalah bahasa melayu yang bermaksud sejenis
meriam, (jika diambil daripada bahasa Arab mungkin berasal daripada perkataan
rida), dan wati ialah bahasa Sanskrit
yang bermakna perempuan atau wanita.
( Sumber : Pak Matlob )