Monday, 3 February 2014

PENERANGAN JENIS-JENIS KHAT

KHAT NASAKH
Dinamakan khat nasakh kerana tulisannya digunakan untuk menaskhahkan atau membukukan al-Quran serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain. Bentuk khat ini merupakan hasil daripada pengubahsuaian yang dilakukan oleh Ibnu Muqlah.
Tulisan Nasakh Muncul padaakhir abad ke 3H/8M. Ciri-cirinya ialah mempunyai kelembutan , mudah dibentuk , praktikal dan mudah di baca. Ia sesuai digunakan dalam penulisan al-Quran, kitab, akhbar dan majalah.

KHAT THULUTH
 Thuluth ( bahasa arab) bermakna 1/3. Dinamakan khat thuluth kerana huruf menegaknya di tulis dengan mata pen (qalam) yang ukuran lebarnya menyamai 1/3 lebar mata pen. Ia juga di kenali sebagai Ummul Khat (ibu tulisan) kerana kehandalan seseorang penulis khat tidak akan diakui kecuali setelah dia mahir dalam khat ini. Ia Bersifat dekoratif, boleh disusun dalam berbagai bentuk , mempunyai cirri-ciri kesenian tersendiri. Sesuai digunakan untuk  perhiasan  basjid,bangunan, papan tanda, tajuk buku dan  sebagainya

KHAT FARISI
Dinamakan Farisi kerana dinisbahkan kepada bangsa  Parsi. Dicipta oleh Mir Ali  al- Tibrisi, kemudian di perelok oleh Imaduddin al-Syirazi. Khat ini juga dikenali sebagai khat Ta’liq/Nasta’liq. Terkenal dan diginakan secara meluas di negara Iran. Keindahan khat ini terletak pada bentuk lengkungan huruf-hurufnya. Bentuk huruf-hurufnya yang condong kekanan dan tidak mempunyai baris. Banyak digunakan  untuk menulis syair  dan kegunaan harian.

KHAT RIQ’AH
Khat ini dicipta oleh penulis khat Turki Mumtaz Bek pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Khan pada tahun 1280H. Tujuan khat ini dicipta  ialah untuk menyeragamkan bentuk tuisan dalam semua urusan rasmi dikalangan kakitangan kerajaan . Ciri-ciri khusus khat ini ialah bentuk huruf yang kecil, tegak  dan tidak menggunakan baris, lebih cepat dan mudah ditulis  jika dibandingkan dengan khat yang lain. Khat jenis ini adalah menjadi pilihan oleh masyarakat Arab untuk   tulisan tangan, menulis nota dan  untuk tulisan seharian.

KHAT DIWANI
Khat ini dicipta oleh Muhammad Munif, di sempurnakan bentuknya oleh Syahla Pasya dan al-Hafiz Othman. Khat ini mula terkenal setelah Konstantinopel (Istanbul) ditawan oleh Sultan Muhammad al-Fateh pada tahun 857H. Tulisan ini berbentuk condong ke kiri, lembut bundar dan melengkung, bersusun,bertindih-tindih dan tidak menggunakan baris. Tujuan tulisan ini di cipta ialah untuk  menulis surat rasmi, keputusan dan pekeliling pentadbiran kerajaan. Kini khat ini banyak digunakan untuk menulis sijil, watikah istana dan tulisan untuk  hiasan.

KHAT KUFI
Dinamakan kufi kerana dinisbahkan kepada Kufah iaitu tempat asal khat ini dicipta. Khat kufi terbahagi kepada Kufi Mushafi, Kufi Fatimi, Kufi Murabba’,

Kufi maghribi