Tulisan Arab pada zaman jahiliah adalah tanpa bertitik dan
berbaris, kerana bangsa Arab di zaman permulaan
Islam tidak memerlukan kepadanya,
kerana mereka dapat membacanya dengan kemahiran semula jadi yang ada
pada mereka.
Setelah Islam berkembang, dan orang Arab mula
bercampur dengan orang asing, maka lahirlah generasi yang tidak dapat membaca
dengan betul. Kerana takutkan kehilangan bahasa mereka dan takut berlaku
kesalahan dalam membaca Al-Quran, maka Abul-Aswad
Ad-Duali ialah yang mula-mula mereka/ mencipta system bacaan menggunakan baris dengan petunjuk Saidina Ali bin Abu
Talib.
Pada zaman Khalifah Abdul Malik bin Marwan, kurun
pertama hijrah,Al Hajjaj telah
memerintah Nasr bin Asim dan Yahya
bin Yuumer supaya meletakkan titik di tiap-tiap huruf yang sama bentuknya.
Dengan ini
tulisan berubah dan menjadi bertambah
baik hingga mempunyai bentuk yang jelas sekarang.